RAMADHAN DATANG LAGI
mentari jingga girang di sana
menyambut Ramadhan yang sudah menjelma
bulan penuh mendada
di balik mega yang malas berarak
namun, akur dengan ketentuan
mega merendah diri
memberi laluan bulan
kepada bulan suci
ya,
Ramadhan datang lagi.
5:20 pm
Kolej Harun Aminurrashid
24 Ogos 2009
Monday, August 24, 2009
Sunday, June 7, 2009
MENANTI SECEBIS CAHAYA
Nukilan: Roslan bin Daud
Arghhhh!
Arghhhh!
Arghhhh! Dia menjerit kesakitan. Kesakitan yang bukan diminta. Kesakitan yang bukan ditempa. Kesakitan yang terus menjalar di sekujur badan yang kering menjamah usia tua.
Semerta dengan raungan itu, burung yang tadinya enak berkicau kini bertempiaran bagaikan gerun mendengar raungan yang maha hebat itu. Peluhnya menyimbah bumi. Tidak tertanggung rasanya kesakitan itu; menular di setiap jalur sarafnya.
Dia masih terbayang bagaimana tubuh isterinya, Nam Rong dijamah rakus oleh tentera-tentera sialan itu, umpama singa lapar yang mendapat kijang, kelaparan yang berpanjangan. Anaknya yang berusia dua tahun itu menjerit tiada lagi berair mata. Sudah kering tandus air matanya melihat ibunya diperlakukan sedemikian rupa. Kasihan Tat Nam, hanya mampu merintih lemah, tidak bermaya, longlai kekeringan tenaga.
Isterinya tidak bersalah. Nam Rong langsung tidak terlibat. Dia sedar, kedegilannya itu membawa padah kepada orang yang dikasihinya.
Dia bukan terlalu jahil tentang agama. Salahkah jika dia mempertahankan hak dan maruah bangsa? Salahkah jika dia ingin mengikat kembali tali persaudaraan yang lama terputus? Sungguh zalim mereka, tiada berhati perut.
Dung Sak tersentak lagi. Bekas pukulan itu bebas meninggalkan lingkar jalur-jalur merah yang berbirat di belakangnya. Begitu juga kesabarannya yang masih tersisa seperti jalur-jalur merah itu.
Dunia terasa sepi seketika. Waktu yang berputar ligat membisu. Arakan mega mendung terkaku. Hembusan bayu terkelu, hilang entah di mana. Nafas Dung Sak juga tidak lagi mendesah; semakin perlahan. Mungkin ajalnya sudah bertandang untuk menjemputnya. Jika itu terjadi, dia pasrah, reda atas ketentuan-Nya.
Namun, selagi kebenaran tidak terbela, Dung Sak mengharapkan agar Tuhan tidak mencabut roh daripada tubuhnya. Biarkan dendam kesumat yang terbuku terhadap bangsa penjajah itu dibawa mati.
Ingatannya masih menerawang di angkasa bersama-sama dendam yang tidak mungkin akan terlerai. Dendam itu pasti akan terbalas jua nanti.
Naluri Dung Sak merintih. Dingin angin pagi menyelimuti tubuhnya yang kecil. Namun, semangatnya besar, membota sebuana. Dia terjaga. Mungkin sapa angin bayu yang terlalu menyejukkan telah menyedarkannya. Perlahan-lahan jua dia bangkit dari lantai yang berbatukan kerikil. Perlahan-lahan matanya dibuka. Diseka air mata yang masih tersisa.
Fikirannya melayang dan menerawang dalam suasana hening dinihari. Tidak semena-mena dia teringat akan Nam Rong dan Tat Nam. Air matanya kembali berjuraian. Dia dihimpit sebak dan pilu. Hiba melatari suasana. Esakannya memenuhi segenap penjuru. Seakan-akan berirama pilu. Dia tidak tahu bilakah semua itu akan berakhir?
* * *
Malam semakin larut. Hanya cengkerik yang riang menyanyi, melatari suasana malam yang gelap. Bulan tidak menyimbahkan cahayanya. Cahayanya dibatasi oleh mega yang berarak malas ke barat.
Dalam kepekatan malam itu, Dung Sak bersama-sama sekumpulan manusia tekun mendengar amanat itu, biarpun sesekali harus bertepuk tampar menghalau nyamuk yang dahagakan darah mereka.
“Sudah jenuh kita menangis. Sudah puas rakyat menganggung azab sengsara, tetapi kita masih berlembut. Adakah kita terus bersimpuh dan mengangkat sembah kepada kerajaan Siam, meminta mengembalikan hak dan keadilan yang telah dirampas daripada kita?” penuh energi Nai Bachong melontarkan suaranya.
Terkesima Dung Sak dibuatnya. Ternyata Nai Bachong yang bertubuh kecil pendek itu mampu berdiri segagah dan bersuara selantang itu, malah mampu memukau setiap mata yang memandangnya. Nai Bachong antara pemimpin yang dihormati kerana begitu prihatin dengan tuntutan masyarakat setempat. Dia bukan seperti pemimpin lain yang tamakkan kuasa dan dahagakan wang. Dia tidak mudah gelap mata dengan itu semua. Dalam kelembutannya, terselit kekuatan semangatnya yang kental. Nai Bachong pernah dipenjara empat bulan kerana dianggap berpotensi mengerakkan rakyat ke arah kebangkitan yang hebat. Idealisme yang dibawanya mudah mendapat tempat di hati rakyat.
Dia tidak pernah mengecewakan penduduk di daerah itu. Dia ibarat pelita yang menerangi kegelapan malam. Tuntutan demi tuntutan telah dibuatnya dengan lantang. Kali ini dia menuntut pemansuhan sistem cukai baru yang diperkenalkan kerana membebankan rakyat. Setelah Perjanjian Sulit antara Raja Siam baharu di bawah pemerintahan Phya Sukhum dengan pihak British ditandatangani pada 1897, sistem opium-farming diperkenalkan. Sebenarnya sistem ini adalah sistem pemajakan candu yang di amalkan di Pattani. Namun, selepas itu semakin banyak sistem baharu yang diperkenalkan, termasuklah sistem cukai baharu yang membebankan ini.
Pernah Nai Bachong mengemukakan suatu tuntutannya kepada Jeneral Swettenham – dengan lantang di tengah-tengah lautan manusia. Masih tengiang-ngiang kata-katanya di telinga Dung Sak.
“Mengapakah kami perlu dihina dan dianaktirikan di tanah tumpah darah sendiri? Kami juga anak jati Siam yang berdaulat? Mengikut RattaamNun itu setiap anak negeri, walaupun apa bangsa keturunannya dipandang dan diakui sebagai orang Siam tanpa kekecualian. Mengapakah orang Melayu Islam digelar sebagai “khek” sehingga dipandang rendah dan hina oleh Siam? Mulut disuap pisang, buntut ditusuk duri!” Nai Bachong keras bersuara.
Keberanian yang begitulah sukar dicari ganti dan keberanian itulah yang menyebabkan Dung Sak mengagumi Nai Bachong. Walau dari mana darah keberanian itu mengalir sekalipun, biarlah ada yang akan mewarisnya.
Dung Sak berdarah Melayu. Walaupun begitu, dia tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Orang Melayu memang mudah berasimilasi dengan persekitaran yang melingkunginya – itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.
Bukannya masyarakat Melayu di sini tidak mahu bersatu dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk berdamai. Namun, bagaimanakah mereka hendak bekerjasama apabila kehormatan dan kebebasan diragut dengan rakusnya? Masakan Dung Sak boleh berdiam diri apabila perkara itu terjadi? Kehormatan dan kebebasan itulah yang dilaungkannya.
“Kehormatan bangsa dan agama itulah yang perlu kita pertahankan. Tanpanya tiadalah berbeza manusia berbanding kejadian lain yang Tuhan ciptakan.” Kata-kata Nai Bachong memang berani. Berani kerana petunjuk kebenaran.
Dung Sak terlelap.
* * *
Bumi itu memang dikurniakan tanih yang subur. Terhampar lembah-lembah meluas – saujana mata memandang. Saliran air menyilangi petak-petak sawah berselang-seli batas kecil yang menjadi laluan pesawah. Kelihatan padi menguning. Ada juga dengan petak sawah yang hanya bersisa jerami yang berlonggokan – barangkali memang dihimpun untuk dijadikan makanan ternakan. Matahari memancarkan cahayanya menerangi petang, begitu indah panorama yang merentang. Puputan bayu masih terasa walaupun cukup lembut. Pipit keriangan menjamah padi yang sudah menguning. Indahnya alam. Buana seakan sujud kepada kebesaran Pencipta.
Dalam fikiran Nam Rong, tentu hasil pada kali ini lebih banyak berbanding hasil sebelumnya. Jerih mengusahakan sawah tiga puluh petak itu telah berhasil. Keringat yang memercik di petak sawah itu berbaloi dengan tuaian yang bakal diraih. Dipanjatkan rasa syukur kerana kurniaan-Nya yang tidak ternilai itu.
Seingatnya dahulu, hampir seminggu Dung Sak terlantar di rumah kerana demam. Mungkin kerana terlalu bekerja keras. Mungkin juga perubahan cuaca yang tidak menentu, tetapi Dung Sak gagahkan jua dirinya ke sawah. Dung Sak tidak betah duduk berbaring di rumah. Hidupnya tidak lengkap jika tidak turun ke sawah. Sudah rutin hariannya mengerjakan sawah warisan moyangnya. Puas sudah Nam Rong melarang Dung Sak ke sawah, sebaliknya dirinya pula yang dibebel. Nam Rong yang faham sikap suaminya itu hanya membatu. Sesungguhnya dia mengagumi kegigihan dan kecekalan yang dimiliki oleh suaminya. Semangatnya tidak pernah mati. Tidak sedikitpun dia menyesali takdir yang dilalui mereka sekeluarga.
Jika ingin dibandingkan dengan keluarga yang ada di perkampungan itu, kehidupan mereka tidaklah begitu daif. Namun, pendapatan yang ada hanya cukup untuk menampung mereka bertiga; ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Dahulu, pernah Dung Sak menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Bangkok. Alasannya perkembangan ekonomi di sana lebih memberangsangkan. Dia boleh mencari kerja yang lebih baik. Tanah yang ada biarlah Nam Rong yang kerjakan. Matlamatnya hanya satu, iaitu ingin mengubah taraf hidup mereka sekeluarga. Disebabkan masalah perebutan kuasa di Bangkok, Dung Sak terpaksa membatalkan niatnya itu.
“Orang kita serba kekurangan.” Tiba-tiba Dung Sak bersuara, mematikan lamunan Nam Rong.
“Kenapa pula bang?” Nam Rong tidak faham.
“Orang kita bersifat kekurangan dalam meninggikan taraf bangsa. Kita terlalu kurang semangat dan pendek akal untuk mencapai ketertinggian dalam sifat kemanusiaan, keadilan, kebebasan dalam meneruskan tamadun sekarang.”
Dung Sak terdiam seketika.
“Orang kita masih berada di bawah tempurung. Kita berasa dunia kita luas, tetapi kita sebenarnya masih terkurung di dalam dunia tempurung itu. Sebab itulah kita masih mundur dan tertinggal jauh ke belakang berbanding negara lain.” Dia menghela nafas panjang.
Nam Rong menunggu lanjutan lontaran idea suaminya. Sepi bertandang seketika.
“Satu ketika, tatkala tempurung itu teralih, barulah kita sedar bahawa kita sudah jauh tertinggal, sama ada dalam aspek ilmu pengetahuan ataupun kemajuan. Tinggallah kita dalam kemunduran seperti yang diwarisi zaman-berzaman.” Dung Sak mengeluh.
“Benar, negeri kita subur dan dilimpah rezeki yang tiada taranya, tetapi kita masih miskin. Barangkali ini akibat kemegahan membuta tuli di bawah tempurung itu. Akibatnya, kita terkecewa dengan keadaan hidup kita sekarang. Tapi, setidak-tidaknya kita telah tersedar sekarang.” Nam Rong melontarkan pendapatnya pula.
“Sedar yang bagaimana? Sedar dalam keadaan mamai seperti sekarang? Sedar setelah kekayaan bumi kita dikaut oleh orang yang tidak berguna?” Dung Sak merenung jauh. Dipandangnya kehijauan yang merentangi seluruh alam.
“Abang, kita belajar daripada kesilapan masa silam. Kita telah bangkit, bangkit dari kemewahan yang tidak diolah. Kita telah bangkit sekarang, kita telah sedar dan sedang memperbaiki kesilapan lalu.” Nam Rong memujuk suaminya.
“Aku tidak percaya orang kita telah bangkit. Kalau betullah mereka telah bangkit, mana suara mereka? Mengapa mereka tidak berani menuntut kebebasan, memperjuangkan keadilan? Dung Sak seakan-akan memprostes.
“Engkau juga tidak sedar lagi, Nam Rong. Tahu bersuara saja di depan aku saja, mengapa tidak kau laungkan kepada bangsa pengkhianat itu?” Dung Sak membentak.
“Jadi abang telah sedarlah? Kenapa tidak abang saja yang bersuara kalau benarlah abang telah sedar? Nam Rong mencabar suaminya.
Perdebatan mereka terhenti apabila rengekkan Tat Nam memecahkan suasana rumah berlantaikan buluh tua. Nam Rong mendodoikan Tat Nam semula. Barangkali Tat Nam terjaga kerana terdengar-dengar suara mereka yang keras – terkejut lalu terjaga.
“Nam Rong …. ” Dung Sak cuba menarik perhatian isterinya kembali.
“Kau tahukah setiap yang hidup di dunia ini saling bergantungan?” pancing Dung Sak.
“Ya, saya tahu itu. Kita perlu udara untuk bernafas. Tumbuhan perlu cahaya matahari untuk terus hidup.” Nam Rong cuba mengerti.
“Ya, benar, tetapi bukan itu yang aku maksudkan.” Jawab Dung Sak lemah.
“Habis?” Nam Rong mati kata-kata.
“Negara dan rakyat yang menghuninya boleh diibaratkan sebagai manusia dan jari kaki. Andai jari kaki terluka, kesihatan manusia akan terjejas bukan?”
“Hm …. ” Nam Rong mengangguk perlahan. Ditatapnya wajah suaminya itu dengan penuh tanda tanya.
“Jika tidak diubati, nescaya penyakit akan bertambah, bahkan mungkin kuman akan menyangkiti anggota badan yang lain pula. Jadi sekarang dua anggota badan sudah sakit. Demikianlah, kelalaian mengubatnya pada peringkat awal boleh menyebabkan jangkitan merebak kepada anggota badan yang lain pula. Jika badan kuat antibodi, lekaslah pula baiknya penyakit itu. Jika sebaliknya, jangkitan akan merebak dengan begitu cepat.” Berkerut dahi Nam Rong mendengar penjelasan Dung Sak. Mungkin dia tidak mengerti. Mungkin dia masih berfikir. Mungkin juga dia tidak bersetuju.
“Begitu juga dengan keadaan sesuatu bangsanya. Jika bangsa tersebut bersatu, payahlah hendak dijatuhkan, tetapi jika mereka bercerai-berai, pasti mereka akan dikalahkan, malah boleh terhapus daripada muka bumi seperti bangsa-bangsa terdahulu yang lenyap.” Dung Sak tersenyum sinis kepada isterinya.
Nam Rong segera berlalu ke dapur – menghidangkan air bagi menghilangkan haus di tekak. Mudah-mudahan dapat meredakan ketegangan suaminya.
Kadang-kadang dia tidak faham perasaan suaminya – selalu ada sahaja perkara yang ingin diperdebatkan. Namun, jauh di sudut hati Nam Rong tidak menafikan kebenaran kata-kata suaminya. Memang Dung Sak berkata-kata benar.
“Aku ingin menjadi Nai Bachong.” Kata-kata itu menyentap hati Nam Rong. Dia terkesima seketika, tidak menyangka bahawa suaminya bercita-cita ingin menjadi pejuang keadilan dan kebebasan seperti Nai Bachong. Siapa tidak kenal dengan Nai Bachong? Semangatnya sentiasa membara – tidak pernah terpadam. Lantang suaranya menegakkan keadilan.
“Abang hendak memperjuangkan keadilan juga?” Hanya kata-kata itu yang terpacul dari bibirnya yang merekah itu.
“Ya, mengapa? Engkau tidak suka? Engkau tidak suka aku ingin memperjuangkan kedaulatan maruah bangsa?” Dung Sak seakan-akan berang.
“Bukan begitu. Saya cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.” Pantas saja manik-manik jernih mengalir di pipinya.
“Saya tidak mahu abang pergi dalam keadaan menyayat hati. Saya tidak mahu abang menemui ajal di tali gantung!” Sebak mengiringi setiap kata-katanya.
“Aku hanya mahu generasiku hidup dalam keadaan aman sejahtera. Aku tidak mahu hidup mereka dicengkam kemiskinan dan penderitaan yang berterusan. Aku akan cuba mengubah keadaan ini.” Dung Sak memberikan penjelasan.
“Abang tidak takut mati?”
Diseka air mata yang mengalir.
“Mati bukan di tangan kita. Mati ditentukan Tuhan.” Lembut suaranya, tetapi tegas.
“Tapi abang seakan-akan memilih kematian dengan cara sebegitu. Abang, masih terdengar jeritan dan tangisan mak. Mungkin sakit bapa tidak kita tahu, tapi derita batinnya pasti tidak akan berakhir. Rohnya pasti tidak aman,” makin ketara tangisannya.
Nam Rong tidak mahu melihat kematian suaminya dengan cara begitu. Biarlah kematiannya dengan cara yang lebih aman. Biarlah ajal menjemput mereka, tetapi bukan dengan cara begitu.
Dung Sak cuba menenangkan perasaan isterinya. Diusap ubun-ubun isterinya. Lama benar dia berbuat begitu. Dia faham perasan wanita – mudah tersentuh, mudah mengalirkan air mata. Namun, dia juga tahu kegigihan wanita, wanita ialah manusia penyabar.
“Aku bukannya apa-apa. Bukan nama yang aku kejar. Jauh sekali kematian. Aku bukan ingin dikenali seperti Nai Bachong. Tapi cukuplah aku berbakti dengan menuntut keadilan. Biarlah aku berjuang menuntut keadilan. Aku sudah tidak tahan dengan sikap mereka. Kau suka melihat rezeki kita dikaut oleh Inggeris dan pemerintah yang tiada perikemanusiaan itu?” Dung Sak cuba memahamkan isterinya.
“Cukuplah jika kemerdekaan yang aku dapat. Cukuplah kita bebas daripada cengkaman Inggeris – cengkaman Jeneral Swettenham.” Dung Sak mematikan kata-katanya di situ seketika.
Sebenarnya, dia tidak berpuas hati dengan sistem cukai yang diperkenalkan – terlalu membebankan. Dia sudah tidak tahan melihat hasil keringatnya senang-senang dinikmati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab itu. Sudah hilang rasa hormatnya kepada pemerintah. Entah bagaimana Siam boleh jatuh ke tangan Inggeris! Sukar Dung Sak mentafsirkan sejarah bangsanya itu. Kesal menyelubungi dirinya. Dia kesal kerana tidak berjaya mempertahankan kedaulatan negaranya.
“Kau tidak lihat betapa mereka senang dengan hasil titik peluh kita? Kau tidak melihat betapa mereka gembira dengan kebodohan kita? Kau tidak melihat mereka menyekat lidah kita daripada berbicara tentang keadilan? Tidakkah kau lihat semua itu?” Dung Sak seakan melepaskan bara kemarahan di hatinya.
“Aku nekad mahu menentang sistem baharu ini. Sungguh menyeksakan! Aku tidak mahu memberi rezeki dan hak aku kepada mereka.” Dung Sak penuh bertenaga. Seakan-akan wujud satu kuasa dalam tubuhnya.
* * *
Malam itu Dung Sak bersama beberapa orang kampung berpakat untuk membuat satu reformasi. Namun, Nai Bachong tidak menyertai mereka. Dung Sak sengaja tidak mahu melibatkan Nai Bachong. Dia tidak mahu menanggung risiko jika mereka ditangkap. Siapa yang akan bersuara jika hal itu terjadi?
Malang tidak berbau. Pertemuan mereka telah dihidu oleh tentera. Adegan kejar-mengejar berlaku. Tembakan dilepaskan. Dung Sak tidak tahu siapa yang terkena tembakan itu. Aduh, sungguh malang nasibnya. Bunyi tembakan sahut-sahutan, bergema di seluruh pelusuk hutan.
Sedang Dung Sak berlari, tiba-tiba langkahnya terhenti. Sepucuk senapang dihalakan kepadanya. Menggigil seluruh badan Dung Sak. Peluh jantan mula membasahi baju, seakan-akan terdengar suara Nam Rong dan Tat Nam merintih hiba. Dung Sak dan beberapa orang lagi ditangkap dan beberapa orang lagi telah terbujur menjadi mayat.
Detik itu masih terbayang-bayang di ruang matanya. Tidak mungkin dia akan melupakannya. Dia diseret di sepanjang jalan berkerikil, berbecak, dan semak-samun. Pada masa itu, dunianya seakan-akan gelap. Hanya kematian saja yang terbayang di matanya.
Kemudian, dia diseret ke rumahnya. Tangan dan kakinya diikat pada tiang tengah rumah. Pada masa itu, matanya menjadi saksi kerakusan tentera-tentera jahanam membaham rakus tubuh isterinya. Tiada kudrat yang mampu dikeluarkan lagi. Puas dia merayu minta isterinya dilepaskan. Lelehan air mata kesal terus mengalir. Dia kesal kerana menurut kehendak hati. Dia kesal kerana tidak mendengar nasihat isterinya, dan dia kesal kerana isterinya yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Kemudian Dung Sak dibawa ke penjara khas. Di sepanjang laluan, kelihatan mangsa-mangsa sepertinya – mangsa ketidakadilan, mangsa kerakusan nafsu buas pemerintah.
* * *
Di sinilah akhirnya dia. Sudah tiga hari menjadi penghuni penjara itu. Mungkin tak lama lagi kematian menjemputnya, kematian di tali gantung seperti bapa mentuanya. Kematian yang ditakuti oleh Nam Rong sebelum ini.
Kekesalan sudah tidak bermakna ketika itu. Sekalipun air mata darah mengalir, dia tidak mampu mengubah keadaan. Namun, di sebalik kekesalan itu, terbit satu perasaan yang sukar diungkapkannya. Rasa itu yang cukup merangsangkan nuraninya untuk terus berbakti kepada bangsanya walaupun harus menggadai nyawa.
Mentari semakin menyembunyikan dirinya di balik gunung. Sinarannya semakin menguning, memencar di celah-celah mega yang berarak lesu.
“Barangkali masih ada sinar pada esok hari.” Hatinya masih mengharapkan secebis cahaya. Dia yakin kematian di tangan Tuhan, bukanya penjajah keparat itu!
Tamat
Glosari:
opium-farming - sistem pemajakan candu
RattanNum - undang-undang Tubuh Siam
khek - tamu / pendatang
Hasil Nukilan,
Roslan Daud,
Tanjong Malim, Perak.

GURINDAM MUDA-MUDI
Pabila mata saling bertembung
Hati dibadan bagai dilambung
Pabila jiwa sudah terpanah
Tiada diingat hati boleh bernanah
Pabila kasih bertaut sudah
Hati mendusta tiada diendah
Pabila sayang kian menjelma
Hak orang jadi milik bersama
Pabila nafsu membuas jiwa
Segala buruk dihalal jua
Pabila janji sudah diukir
Jangan sekali kita mungkir
Pabila usia terus meningkat
Sayang yang dulu susah nak lekat
Pabila senyap degupan jantung
Dosa pahala baru dihitung
Nukilan: Roslan bin Daud
29 Februari 2008
Tanjong Malim, Perak.
Hati dibadan bagai dilambung
Pabila jiwa sudah terpanah
Tiada diingat hati boleh bernanah
Pabila kasih bertaut sudah
Hati mendusta tiada diendah
Pabila sayang kian menjelma
Hak orang jadi milik bersama
Pabila nafsu membuas jiwa
Segala buruk dihalal jua
Pabila janji sudah diukir
Jangan sekali kita mungkir
Pabila usia terus meningkat
Sayang yang dulu susah nak lekat
Pabila senyap degupan jantung
Dosa pahala baru dihitung
Nukilan: Roslan bin Daud
29 Februari 2008
Tanjong Malim, Perak.
PERATURAN
Oleh: Roslan bin Daud
Saudaraku,
Hari ini kita mewarisi
Undang-undang orang-orang putih
yang kita agung di muka pengadilan
yang kita junjung tinggi melangit
bagai menurut perintah Sultan.
Saudaraku,
Kau dengarkah gendang bertalu?
Menyambut kemenangan dengan sorak
dari kerabat birokrat
Seakan mengejek muka-muka penderita:
yang bodoh dalam mengutarakan hujah saintifik
yang jahil dalam menegakkan panji keadilan
yang lemah dalam pertarungan bicara
Seorang petani tua di sawah sekangkang kera,
Seorang penoreh getah di estet dengan pohon tua, dan
Seorang nelayan di tengah samudera bertemankan hidupan marin
Itulah mangsa mereka!
Saudaraku,
Tidakkah kau lihat peraturan itu telah memenjarakan kita?
Menghalang kita dari melakukan kewajiban
Mengurung kita dalam satu kelompok yang jauh dari dunia luar
Ya, kelompok yang tidak mengerti akan peradaban bangsa moden.
Saudaraku,
Mereka menolak peraturan dengan kekuasaan
Mereka menukar akal sihat kepada keedanan
Mereka perdagangkan maruah dengan harta
Mereka sembunyikan birokarsi di balik demokrasi.
Saudaraku,
Apakah tembok keadilan semakin runtuh
Dipecahkan oleh suara yang menggunakan retorik
dengan gaya bahasa metafora, simile dan personafikasinya
Apakah kita bisa menguburkan kuasa
Tanpa nisannya
agar tiada tanda yang boleh dijejaki oleh pewarisnya.
Saudaraku,
Ekonomi dualisme dengan liberalisasi telah menghukum kita
Harga tinggi melambung, barang jatuh ke gaung
‘Kuantiti bukan kayu pengukur lagi’
Alasan yang cukup menjijikan!
Globalisasi merubah segala
Tiada lagi sempadan negara, bangsa juga agama!
Bebas, sebebas-bebasnya
Layaknya garuda yang meluncur laju di angkasa
Memecahkan tradisi dasar tutup pintu
Juga mencemarkan budaya yang kita miliki.
Pasti suatu hari nanti
Kita akan bergari
hanya dengan suara-suara lantang
seorang peguam yang hebat pidato
Maka,
Tak terkejar lagi keadilan
Lelah menyusur kita dalam pertarungan waktu.
3 Mac 2008, UPSI.
Buat pengetahuan semua, sajak ini telah tersiar dalam Dewan Sastera Ogos 2008. Sayangnya, penulis tidak sempat untuk mendapatkan majalah itu sampai sekarang. Jika anda ada dan ingin menjualnya pada penulis, bolehlah berhubung dengan penulis. Terima kasih.

KEHILANGAN
Oleh: Cerana Mas
Di balik senja renta
rembulan sudah mati
senandung cahaya tiada lagi
gelap kelam sendiri melayani
kejora sayu pilu tiba-tiba menyepi
tak tahu apa bicara yang patut diluahkan
tinggallah pungguk menanti
rajuk yang terperuk
berharap segera dipujuk
tapi dia juga terasa kehilangan
masa tidak pernah memberinya peluang
untuk beradu lena bersama pujaan
hanya berharapkan ihsan bayu
menerbangkan rindu
pada riak bulan jauh berjuta-juta batu.
Kolej Harun Aminurrashid, UPSI
19 April 2009,
11:58 pm

CONTOH PANTUN YANG MEMPUNYAI PEMBAYANG YANG BERBAYANG
Selain daripada beberapa pantun yang telah dibincangkan, pengkaji juga telah dapat mengenal pasti beberapa lagi rangkap pantun yang juga mempunyai perkaitan antara pembayang maksud dengan maksud pantun. Antaranya ialah seperti berikut:
Dari Deli ke Palembang,
Singgah bermalam dalam pekan;
Berapa tinggi kumbang terbang,
Ditangkai juga mencari makan. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:442)
Apalah guna pakai kasut,
Duri apa lekat di kaki;
Apalah guna ilmu dituntut,
Jika tidak berani mati. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:638)
Hendak dulang kuberi dulang,
Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
Pulang beriring gajah putih. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:357)
Anak tupai di atas carang,
Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
Mana boleh menjadi rugi. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:648)
Kinabalu bertanggalah pati,
Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah kehendak hati,
Mahal murah turuti harga. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:651)
Selagi langit payungi awan,
Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
Badan binasa musuh berembun. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:645)
Walaupun pengkaji mengambil sumber pantun-pantun ini daripada rujukan utama, iaitu buku Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu edisi kedua (2005), namun pengkaji juga dapat melihat terdapat beberapa pantun yang juga mempunyai perkaitan antara pembayang maksud dengan maksud pantun itu sendiri. Oleh hal yang demikian, tidak rugi sekiranya pengkaji turut memuatkan beberapa rangkap pantun tersebut, antaranya ialah:
Jentayu burung jentayu,
Hinggap di balik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi yang baik takkan hilang. (http://penyair.wordpress.com)
Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merekap junjungan;
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan. (http://penyair.wordpress.com)
Perhatian: Semua pandangan dan pendapat tentang maksud pantun di atas diberikan oleh penulis mengikut perspektif penulis, kecuali jika dinyakan petikan mana-mana sumber.

Friday, June 5, 2009
PEMBAYANG YANG BERBAYANG DALAM PANTUN
1.0 Pengenalan
Tulisan ini akan menonjolkan keintelektualan bangsa Melayu berdasarkan pantun-pantun terpilih daripada Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pantun adalah sejenis genre puisi Melayu tradisional yang merupakan tradisi lisan tertua dalam tradisi budaya Melayu. Pantun berfungsi sebagai landasan memanifestasikan hasrat serta pemikiran, di samping berupaya memaparkan keindahan gaya bahasa serta menyerlahkan keaslian peribadi bangsa. Oleh itu, tulisan ini akan cuba menggali maksud tersirat di sebalik pembayang pantun dan perkaitannya dengan maksud pantun.
2.0 Sejarah Pantun
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1965:219) mengatakan dari sudut sejarah orang Melayu, pantun mula-mula dipakai dengan makna seperti atau umpama yang terdapat dalam nyanyian orang-orang tua, misalnya sepantun ayam tidak beroindok menampi orang maka makan. Bermula dari situ maka melaratlah penggunaan pantun dengan erti perumpamaan sepereti yang terdapat dalam Hikayat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Amir Hamzah. Dalam Hikayat Hang Tuah misalnya, ketika menceritakan pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat, maka wujud frasa Seperti pantun Melayu. Rosak bawang ditimpa jambak.
Menurut Zakiah Hanum Hj Abd Hamid (1996:181) dalam kertas kerjanya yang berjudul ‘Pemantun Memantun Pemantun’, mengatakan pantun bererti puisi lama yang yang terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap dengan dua baris pertama ialah pembayang pantun manakala dua baris lagi adalah maksud atau mesej pantun sebenarnya. Beliau juga mengatakan pantun boleh dimaksudkan sebagai sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Manakala makna pantun yang ketiga ialah jawapan kepada tuduhan dan sebagainya. Secara umumnya, makna pantun kedua dan ketiga jarang digunakan.
Pantun yang wujud sebelum masyarakatnya tahu menulis dan membaca adalah milik tulen orang Melayu. Hal ini bermakna pantun terhasil melalui lisan. Pantun dihasilkan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan terhadap seseorang atau perkara. Malah pantun juga digunakan untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan bersuka-suka. Istilah pantun di Nusantara adalah pelbagai seperti teon, tuntun, tonton, atuntun, matuntun dan panton. Walaupun berbeza dari segi istilahnya, namun ia tetap sama iaitu merujuk kepada sesuatu yang teratur sama ada pengucapan, pimpinan, didikan dan kesopanan (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:x1)
Van Ophusyen mengatakan bahawa pantun seperti ende-ende dalam bahasa Batak, namun Pendeta Za’ba menegaskan bahawa pantun merupakan puisi Melayu tertua yang hampir sama dengan kewujudan bahasa Melayu. Sesungguhnya, kaum Batak hanya mewakili satu kaum sahaja daripada bahasa Melayu. Oleh itu, kajian yang dibuat oleh Van Ophusyen memperkukuh lagi pendapat Za’ba tentang asal usul pantun (Mohd Rosli Saludin, 2007:23-24).
3.0 Hubungan Masyarakat Melayu dengan Alam
Bagi masyarakat Melayu, pantun merupakan penyataan, serlahan akal budi dan pandangan semesta individu secara universal terhadap alam sekitar dan dunia kehidupannya. Pantun yang terhasil adalah bersifat situational dalam ertikata juga ia mungkin dicipta sebagai reaksi atau tindak balas kepada sesuatu fenomena alam, sesuatu peristiwa atau pengalaman manusia yang signifikan. Idea dalam pantun, baik yang termuncul melalui pembayang maksud atau maksud menunjukkan pantun amat akrab dengan pengalaman hidup sama ada yang dihayati atau diamati. Manusia pada zaman ini boleh dianggap sebagai manusia lisan juga manusia pra-moden. Mereka hidup akrab bukan sahaja dengan komuniti manusia tetapi juga dengan alam maujud dan alam ghaib. Persekitaran ditafsir sebagai ahli kepada masyarakat tersebut yang berinteraksi di antara satu sama lain sama seperti masyarakat manusia. Hal ini kerana persekitaran wujud sebagai satu masyarakat yang besar; objek dan fenomena alam.
Jika perumpamaan mengambil alam sebagai cermin untuk manusia menatap dirinya dan membaiki dirinya, maka pantun menggunakan alam sebagai cermin untuk membayang maksudnya. Kecenderungan masyarakat Melayu untuk mengeksploitasi seluruh fenomena alam sebagai pembayang maksudnya adalah kecenderungan seni yang dipengaruhi oleh konvensi perumpamaan. Konvensi ialah tingkah laku dan amalan sudah diiktiraf dengan meluas dan dipatuhi malah digunakan secara berterusan, manakala perumpamaan adalah bersifat akrab dengan alam. Oleh itu, sesuatu sifat dan kelakuan makhluk alam yang diamati oleh masyarakat Melayu disimpulkan menjadi ibarat kepada manusia.
Masyarakat Melayu dan alam Melayu adalah kesatuan dalam sastera kerana menjadi sumber inspirasi kepada sasterawan. Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang beretika kerana dibatasi adat istiadat dan agama. Kehalusan budi bahasa, bertutur dengan adab dan sopan santun menyebabkan kata-kata yang dirangkai dengan segala kehalusan. Ungkapan-ungkapan ekspresif dalam pantun yang diwarnai oleh unsur alam, adat dan agama adalah bahasa masyarakat Melayu untuk memberikan warna estetika.
4.0 Perkaitan Pembayang Pantun dengan Maksud
Zainal Abidin Ahmad (2000:677) mengatakan dalam membina pantun yang baik, bahagian pembayang seharusnya sudah menunjukkan maksud isi, iaitu bukan semata-mata berfungsi sebagai pembawa rangkap. Jelasnya, pembayang sudah memberi gambaran ibarat, tetapi jika tidak dapat dilakukan sebegini, maka sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi maksud yang sama. Zainal Abidin Ahmad (2000:675) juga menegaskan jika pembayang tiada gambaran ibarat kepada maksud, maka tiada perkaitan antara pembayang dengan maksud pantun itu. Tegasnya, sebab itulah pantun sekarang sukar untuk ditemui sifat-sifat pantun Melayu yang elok dan betul.
Mohd Rosli Saludin (2007:21) mengatakan bahawa untuk melihat perkaitan pembayang dengan maksud memerlukan kajian yang mendalam. Menurutnya lagi, hubungan ini terbatas, iaitu tidak semua pantun mempunyai perkaitan antara pembayang dengan maksud, mungkin juga hanya sebagai satu kebetulan.
Pijnappel (1888) mengatakan bahagian pembayang adalah seolah-olah lukisan daripada maksud sebenar sesebuah pantun. R.O. Winstedt berpendapat bahawa kebanyakan pantun terhasil daripada sesuatu peristiwa. Ishak Haji Muhammad pula mengatakan bahawa pembayang dan maksud sememangnya mempunyai perkaitan dan hubungannya antara satu sama lain (Mohd Rosli Saludin, 2007:21-22).
Bagi melihat hubungan antara pembayang dengan maksud pantun, pengkaji telah memetik beberapa contoh pantun untuk dikupas, antaranya ialah pantun berikut:
Puas sudah menanam ubi,
Nanas datang dari seberang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:612)
Dalam pantun di atas, ubi secara konotasinya membawa maksud sesuatu yang baik dan keberhasilan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peribahasa lamun ada ubi, tiada ubi gadung jadilah dan diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Mengikut perspektif pengkaji, ubi disamakan dengan budi kerana budi dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Menurut Norzit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:34) mengatakan budi adalah struktur yang membimbing dan menghubung setiap anggota masyarakat, bangsa dan negara, seperti kata pantun Melayu berikut:
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:34) juga menegaskan seperti pantun di atas, budi ialah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa, tanpa orientasi nilai, atau bebas nilai (valeu-free) keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh. Beliau juga mengatakan budi amat penting dalam kehidupan, terutamanya dalam hubungan sosial dan interaksi sesama manusia.
Nanas pula adalah sejenis buah yang berwarna kuning apabila sudah masak dan juga berisi kuning. Nanas adalah simbolik kepada yang tertinggi kerana nanas terletak di tengah-tengah rimbunan pokoknya. Nanas dikelilingi oleh daunnya yang tajam dan berduri. Nanas ini jika dibandingkan dengan emas sudah tentu ada persamaan yang jelas iaitu berwarna kuning. Emas juga akan dijaga dengan serapi mungkin oleh pemiliknya, sama juga dengan nanas yang dijaga oleh daunnya yang tajam itu. Tambahan pula, nanas yang disamakan dengan emas mudah dinampak oleh manusia, mnakala budi pula seperti ubi yang sukar dinampak kerana ubi tertanam di dalam tanah, manakala budi tertanam di dalam hati.
Perbincangan tentang buah nanas ini telah diperincikan oleh Saiee Driss (2007) dengan menyatakan bahawa sepohon nanas biasanya hanya mengeluarkan sebiji buah. Pohon nanas memiliki daun yang tebal dan kukuh serta berduri tajam seolah-olah pedang pengawal pintu istana purba. Buah nanas yang warnanya kuning keemasan lengkap dengan mahkota yang berduri tajam menjadikannya kelihatan hebat dan boleh dikaitkan dengan sifat orang yang ada harta benda dan emas perak yang selalu benar dikatakan angkuh dan sombong. Sifat tidak mesra pokok nanas dengan duri tajamnya melambangkan sikap orang berharta dan mahu memelihara hartanya dan ada kecenderungan membolot semua harta untuk dirinya.
Beliau juga menambah, nanas yang manis dan sedap menjadi kegilaan kebanyakan orang, sama sifatnya dengan emas yang menjadi sebahagian isi pantun. Kalau dimakan terlalu banyak boleh sekurang-kurangnya menyebabkan sakit perut dan kerana gula dalam nanas itu tinggi maka boleh menambah kadar kandungan gula dalam darah di badan seseorang. Kegilaan terhadap emas dan harta benda juga hampir serupa, yang selalunya membawa penyakit dan menjadi sumber penderitaan hidup.
Saiee Driss (2007) cenderung mendefinisikan pantun ini sebagai perbezaan darjat antara golongan elit, materialistik dan berkuasa dengan golongan bawahan. Beliau telah melihat pantun di atas melalui dua perspektif. Pertama, di satu pihak kita melihat orang yang mengemukakan pantun itu mengkritik sifat kebendaan atau materialistik dalam masyarakat yang tidak lagi menghargai budi sebaliknya mengejar harta. Pada pihak lain kita dapat melihat adanya juga unsur berkira dan berhitung di kalangan orang berbudi yang mahu budi mereka dibalas dan dihargai.
Hal ini berbeza dengan pendapat Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:42) yang mengatakan pantun di atas digambarkan sebagai perubahan nilai masyarakat iaitu lebih memandang emas, harta, wang, ringgit, begitu juga dengan perangai dan perlakuan manusia. Selain pantun di atas, terdapat juga dua pantun lain yang mempunyai tema yang sama, iaitu:
Semenjak kentang menjadi gulai, Banyak orang di Bukit Cina,
Ubi tidak bersama lagi; Sayang Cik Ali menebang kayu;
Semenjak wang menjadi pemakai, Zaman sekarang ringgit berguna,
Budi tidak berguna lagi. Budi yang baik terbuang lalu.
Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:42) juga berpendapat emas, harta dan ringgit itu memang menjadi keperluan dalam kehidupan, tetapi jika kesemua ini menjadi perhatian sehingga membuang budi juga boleh merosakkan kehidupan manusia. Islam sebagai agama orang Melayu sudah menerapkan kehidupan sederhana, iaitu seimbang antara dunia dan akhirat.
Pantun di bawah ini juga masih dikategorikan dalam Pantun Budi, sama seperti pantun yang telah dibincangkan sebelum ini. Maksud pantun ini seakan menyindir golongan yang mempunyai rupa dan harta, namun tidak mempunyai budi.
Apa guna bunga raya,
Kerana tidak berbau wangi;
Apa guna rupa dan kaya,
Kalau perangai tidak berbudi. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:596)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1296), perkataan ‘raya’ bermaksud besar. Perkataan ini kemudiannya digandingkan dengan beberapa perkataan lain seperti alam raya, bandar raya serta hari raya dan penggunaannya sangat terbatas. Bunga raya pula adalah tamanan hiasan yang berbunga berwarna merah (kebiasaannya) dan juga terdapat dalam warna lain seperti jingga dan putih. Pokok bunga raya memerlukan tanah berpasir yang subur dan kaya dengan humus dan sinaran matahari yang mencukupi. Ia tidak tahan pada tanah yang bertakung air atau mempunyai saliran yang buruk (http://www.geocities.com/lina7901/bungaraya.html). Warna merah juga melambangkan keberanian dan boleh juga bererti kecantikan seperti yang terdapat dalam peribahasa di luar merah, di dalam pahit. Peribahasa itu bermaksud, janganlah percaya dengan luaran sesuatu benda kerana biasanya berisi tipu daya. Perkataan ‘raya’ dapat dikaitkan dengan perkataan rupa dan kaya. Hal ini kerana rupa yang dimaksudkan dalam pantun di atas ialah kacak dan cantik, manakala kaya pula dimaksudkan dengan harta benda. Rupa dan kaya ini merupakan aset berharga kepada seseorang yang memilikinya. Kekayaan dan rupa paras yang menawan belum tentu memberi gambaran bahawa pemiliknya adalah seorang yang berbudi bahasa.
Walaupun bunga raya berwarna merah dan berseri tetapi tidaklah berbau harum atau wangi. Keharuman itulah yang menjadikan sentaja kepada sesuatu objek. Misalnya bunga mawar, walaupun berduri tetapi masih diminati kerana berbau harum. Perkataan ‘wangi’ dalam bait kedua sebenarnya berkait dengan perkataan ‘berbudi’ dalam baris keempat. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu memandang tinggi budi sebagai perkara utama. Kekayaan dan rupa paras bukanlah segalanya bagi masyarakat Melayu. Pantun ini juga sama maksud dengan peribahasa yang berbunyi laksana dedap, sungguh merah berbau tidak yang bererti orang yang elok dan tampan tetapi tiada berbudi. Menurut Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:36-37), hidup jika tidak berbudi adalah satu penghinaan dan hidup yang tidak berbudi itu dibandingkan dengan besi yang berkarat.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Selain daripada pantun yang telah dibincangkan, masih terdapat lagi beberapa pantun yang telah pengkaji kutip; juga mempunyai maksud yang tersirat antara pembayang dengan maksud pantun itu sendiri. Perhatikan Pantun Nasihat ini:
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:496)
Padi muda dengan hati muda membawa maksud yang cukup jelas, iaitu hati orang muda atau remaja. Padi muda tidak mempunyai hasil lagi kerana belum matang, dan jika dituai hanya akan mendatangkan pembaziran. Begitu juga dengan hati muda, kalau diturut akan menerima padahnya kerana kebiasaanya orang muda hanya mahukan keseronokan dan kebebasan tanpa memikirkan kesannya. Perkataan patah membawa maksud kesusahan seperti yang terdapat dalam baris keempat. Seharusnya, sebelum melakukan sesuatu perkara, seseorang perlulah berfikir panjang agar tidak menyesal di kemudian hari, seperti pantun berikut:
Terang bulan bagai diukir,
Tupai mengusik bunga durian;
Sebarang perbuatan habis difikir,
Tidak menyesal hari kemudian. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:505)
Pantun berikutnya pula memperlihatkan sikap meminta maaf dan tidak berdendam kepada orang lain.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap salah,
Jangan disimpan di dalam hati. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:362)
Jarum mempunyai mata yang runcing dan tajam. Jarum disamakan dengan perkataan silap salah yang dilihat sebagai benda yang halus dan sangat tajam. Peti adalah kotak atau tempat menyimpan barang yang bertutup. Peti disamakan dengan hati yang berfungsi tempat menyimpan atau memendam segala perasaan. Perasaan yang dipendam itu tidak akan dilihat oleh orang lain andai seseorang tidak meluahkannya kepada orang lain. Jika jarum menusuk jari, tentulah terasa sakit dan jika dibiarkan dalam tempoh jangka masa yang lama, tentunya akan menambahkan lagi kesakitan itu. Begitu juga dengan silap salah, jika tersilap berkata atau melakukan perkara yang boleh menyinggung perasaan orang lain tentunya akan membuatkan seseorang terasa hati. Demikianlah juga dengan perasaan itu jika dipendam semakin lama, maka ia akan menjadi barah yang akhirnya akan merosakkan hubungan.
Pokok perah ditebang jangan,
Biarkan tumbuh bersama lalang;
Kalau sudah malang badan,
Rezeki secubit disambar helang. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:589)
Pokok perah tergolong dalam kelompok pokok ubi dan pokok getah kerana mempunyai getah. Getah yang terdapat pada pokok perah inilah yang dikaitkan dengan perkataan malang pada baris ketiga. Peribahasa getah terbangkit, kuaran tiba yang bermaksud salah langkah dalam mencari keuntungan jelas menunjukkan getah sememangnya bermaksud kemalangan atau tidak bernasib baik. Lalang pula sejenis rumput. Secara konontasinya, lalang dilihat sebagai malang dan tidak bernasib baik. Hal ini dapat dilihat melalui peribahasa yang berbunyi lalang yang terbakar, si carik menumpang mati dan padi ditanam tumbuh lalang. Lalang juga adalah parasit dalam tanaman. Secara tabiinya, lalang akan bersaing dengan tumbuhan lain untuk hidup. Melalui pendefinisian ini, maka dapat dilihat perkaitan perkataan lalang dengan baris keempat dalam pantun di atas. Frasa rezeki secubit disambar helang menunjukkan nasib malang apabila rezeki yang sedikit telah dirampas oleh pesaing lain. Pantun di atas mempunyai maksud yang sama dengan pantun berikut, yang juga membawa maksud malang atau tidak bernasib baik.
Jemur padi di tanah padang,
Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan,
Burung di tangan disambar orang. (Kurik Kundi Merah Saga, 2005:136)
Oleh itu, daripada kajian terhadap pantun di atas, maka dapat dilihat bentuk simetrikal atau pola paralelisme di dalam pantun ini antara pembayang maksud atau sampiran dengan maksud atau isi pantun dengan kedudukan budi di dalam kehidupan. Jelaslah bahawa lambang daya intelek Melayu atau kebijaksaan masyarakat Melayu amat tinggi dan hebat dalam mengungkapkan pemikiran yang besar dengan bahasa indah dan berseni.
5.0 KESIMPULAN
Penelitian terhadap pantun-pantun ini mendapati tahap pemikiran atau keintelektualan masyarakat Melayu zaman dahulu lebih baik dalam mentafsir alam dan mengaitkannya dengan setiap peristiwa atau kehidupan mereka. Mereka juga cukup teliti menggunakan setiap patah kata dalam menyampaikan pemikiran mereka. Selain itu juga, unsur jati diri Melayu jelas terpapar dalam garapan sastera empat baris yang berestetika tinggi ini melalui penggunaan unsur-unsur alam yang cukup dekat dengan mereka, selain menggunakan alat kebudayaan Melayu dalam pembayang pantun. Secara kesimpulannya, warisan sastera bersama Nusantara ini perlu dihalusi keindahannya agar identiti dan keaslian peribadi bangsa terserlah untuk dikongsi dan dihargai bersama. Diharap lebih banyak kajian tentang pantun, bukan sahaja dari segi maksud pantun tetapi makna tersirat di sebalik penggunaan setiap patah kata dan perkaitannya dengan maksud pantun itu sendiri.
BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan edisi keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu edisi kedua (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rosli Saludin (2007). Seni Berpuisi. Pulau Pinang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.
Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1995). “Pantun Budi: Satu Analisis Nilai”. Dalam Wan Ab. Kadir Wan Yusoff (peny), Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3 edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakiah Hanum Hj Abd. Hamid (1995). “Pemantun Memantun Pemantun”. Dalam Wan Ab. Kadir Wan Yusoff (peny), Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
Bunga Raya (2000). Diperoleh pada Julai 23, 2008 daripada http://www.geocities.com/lina7901/bungaraya.html
Saiee Driss (2007). Rakaman Pemikiran dalam Kapsul Bahasa Berirama. Diperoleh pada Julai 22, 2008 daripada http://pantunonline.com/v2/artikel/rakaman-pemikiran-dalam-kapsul-bahasa-berirama.html.

Subscribe to:
Posts (Atom)